Assalamualaikum
& Hi
Hahhh! Tengok tajuk macam tak penting dan macam tak perlu
ambil tahu je kan??
1.
Menguruskan badan
Oppsss..!
Untuk sesetangah orang isu ni agak sensitif tapi untuk Fara dulu memang gigih
minum air putih 2 liter setiap hari. Tapi sekarang. tu bukanlah niat utama
minum air putih. Ada banyak kahsiatnya yang orang ramai tak tau. Air putih ni
tidak mengandungi kalori, gula & lemak..so, tak rugi pun minum & berat
badan of cos dapat turun kalau tak banyak sikit pun jadi lah sebab khasiatnya
tu kan.
2. Meningkatkan kesuburan
Air putih dapat
menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum
Hawa. Ok, yang ni saya refer dekat artikel sebab saya pun tak pandai sangat
bahagian saintifik.
3. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air putih dalam
kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat
menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan
dengan efisien. Untuk Fara, point ni sangat tepat & berkesan sebab memang
terjadi pada diri sendiri juga sebab Fara consume at least 2 liter setiap hari.
Hehehe...sekarang nak usaha untuk 3 liter setiap hari..fiuhhh..percayalah ianya
sangat efektif!
4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
Air putih bukan saja
melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu
mencegah penyakit hati dan ginjal. Haaa,selain dari consume supplement yang
tepat, minum air putih juga boleh mengelakkan kanser. Sebab tu tengok chinese
tak ramai yang sakit kronik kerana mereka sangat bagus dalam mendidik generasi
mereka minum air putih yang banyak setiap hari. Nanti nak train Fayyad bawa
botol air besar pergi school. Biarlah friend Fayyad nak ejek ke apa sekalipun.
Ceh, Fayyad baru je setahun..cerita macam lah next year nak masuk school
dah...hihihi..
5. Perawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air
putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus
mengakibatkan kulit kering dan berkerut. Bukan nak bangga tapi betul minum
banyak air, kulit muka Fara dengan izinNya pun kurang masalah..Alhamdulillah..
6. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air putih bukan
sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat
diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari
namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Betul kan...kalau
puasa masa berbuka cari air ke makanan dulu? Heeee...
7. Menyihatkan jantung
Air putih juga diyakini
dapat menyembuhkan penyakit jantung. Pada saat ini juga sudah banyak perubatan
altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih. So, air putih ni sangatlah
common untuk kebanyakkan orang.
8. Ubat kepada penyakit strok
Air putih tidak hanya
digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk
mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali
otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem
pernafasan. Setuju tak? Kalau Fara sangat setuju sebab mami Fara pernah
mengalaminya suatu ketika dahulu. Selain senaman bersesuaian yang konsisten,
air juga dapat membantu dalam healing proses tu, InshaAllah.
Yang tak suka minum air putih tu cuba bayangkan setiap kali minum tu anda berasa sangat haus & bayangkan air putih ni menarik seperti gambar di atas..sure akan cakap sedapnya air putih ni...!
Kalau Fara nak psikologi diri sendiri masa minum air putih ni selalu fikir masa lapar, jangan cari makanan sebab nanti naik part lain pula, tapi cuba cari buah-buahan atau air putih sebagai ganti..
minum lebih untuk alas perut anda yang lapar tu k
☺☺☺
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen anda :)