HOME ABOUT PRODUK HARGA DAFTAR CONTACT

Perangai Buruk vs Perangai Baik

Assalamualaikum & Hi

Kalau tengok topik ni tak semua akan rasa perlu reveal perangai sendiri on public kan..Tapi, bagi Fara tak mengapa sebab kita sentiasa boleh mengingatkan diri kita supaya sentiasa improve dalam sesuatu perkara dan kawal tindakan kita sekarang dan di masa akan datang. So, ready tak nak tengok list perangai Fara yang boleh dan tak boleh dicontohi ni? Hehehe..taktau la ada yang nak baca ke tak..haha..



Perangai Buruk (mengaku siap-siap)


Perangai Baik (bukan perasan k)
Kadang-kadang bertindak mengikut emosi 

masa sambung master dulu..kerana terlewat sikit untuk ke kelas di UiTM Shah Alam, jadi moody sebab Fara ni kalau nak tau jenis suka sampai awal ke kelas & bila sampai mesti nak duduk depan..nampak macam good good sangat kan? Hehehe..hakikatnya tidak..Fara just nak disiplinkan diri and show some good examples je..sekurang-kurangnya kita boleh didik anak kita untuk berdisiplin kan?

Visionar

Fara tau apa yang Fara nak dalam hidup cuma perlu banyak usaha je sebab benda yang Fara nak bukan 1 je tapi ada beberapa untuk dicapai..bukan tamak ye tapi untuk kepuasan hidup dan dalam masa yang sama dapat capai apa yang di akhirat inshaAllah..yang ni masih dalam proses ye..umur masih 18 (hehehe..perasan) sedapkan hati umur masih muda untuk mencapai apa yang Fara inginkan..
Perfectionist kadang-kadang sampai over 

Ni selalu ada pada kebanyakkan wanita..betul tak? Hehehe..kadang tu selalu tegur husband unorganized sampai jadi tension..perlu ke sampai tension kan kalau ikutkan? Hahaha...tapi sebabkan inilah kita dijadikan suami isteri iaitu saling melengkapi..
Rajin (bukan puji diri sendiri k) 

Tapi since ada sifat perfectionist, secara tak langsung sikap rajin tu datang..rumah nak kena kemas je..barang kena ada kat tempat asal semula..order customer nak kena settle cepat je once dah bank in..Kadang-kadang tu tak suka buat kerja separuh jalan..sebab orang tua-tua cakap tak elok buat kerja separuh jalan..so,kita layankan lah sampai habis..tu yang nampak macam rajin..hakikatnya dah terbiasa dengan kata-kata orang tua..

Garang 

hehehe..kalau masa mengajar dulu..student ada yang macam tak percaya bila madam Fara cakap madam garang tau..hehe..tapi, ada je student yang akan cakap madam garang..haaa (yang ni selalunya mentee madam Fara & student yang nakal-nakal sikit akan cakap camni..hehehe) 

Kalau adik Fara, Dayah pula masa kecik-kecik selalu akan cakap Fara ni kakak yang garang..Ayu (kakak sulung) kakak yang baik. .Sebenarnya, bukanlah garang tetapi a bit firm..Fara jenis suka tegur kalau dia buat benda yang salah..kakak Fara, Ayu pula akan lebih kepada berlembut dan tak marah pun selalunya...so lain ya disitu, terpulang pada individu..sesetengah akan cakap being firm ni bagus, sesetengah akan cakap tak bagus..ikut pendapat masing-masing..

Komited 

komited ni subjektif macam Fara akan komited kalau dah deal & bekerja dalam satu kumpulan dengan kawan-kawan..Tak suka left behind..so kita actively seek for guidance and information kalau bekerja dalam group..contoh, group research dengan kawan..group buat assignment..benda ni sangat penting ye dalam hidup sebab takde orang nak hidup sorang-sorang dalam dunia ni..mesti berkomunikasi between each other..friends, family, colleagues, business partner, customers, classmates, teammates etc. Lepas ni bakal buat sambung study ke peringkat seterusnya..doakan Fara please! errrr..nervousss....haraplah komited seperti sebelum ni...
Caring (hati tisu yang sangat sensitive)

Dalam pada orang tengok kita garang sebenarnya diri ini sangatlah sensitif yang kalau tengok orang nangis kita pun turut serta menangis.. Tak elok kan, kalau orang tu cerita kisah sedih..kita pula yang terlebih sedih..Tak bagus sebab tak dapat bagi semangat kat kawan..buat bertambah sedih ada la…hahaha..
Caring (family oriented)

Kadang kalau dekat ofis buat kerja mesti teringat anak, suami & family..sampai rasa nak resign sebab terlalu family oriented.. So, inshAllah akan bakal menjadi work-at-home-mom (WAHM) next year untuk mencapai cita-cita bekerja di rumah di samping dapat fokus berada dengan anak sentiasa.. 


Sekian sahaja lah beberapa perangai yang mungkin patut Fara improve..ni sebenarnya lebih kepada sesiapa yang ingin mengenali diri Fara atau saja nak sharing tentang diri masing-masing..ada banyak lagi yang kena recall balik perangai baik & buruk ni sebab orang yang kenal kita sebanrnya boleh menilai kita dengan baik..yang ni hanya lah pandangan diri sendiri..hehe..


Jom dream big, tak perlu bayar pun..it's free! Doakan Fara capai impian Fara ya..inshaAllah..


3 comments:

  1. Salam Fara. Nice meeting you. Tahniah on your decision to continue study. Akak give fully support =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Kak eira..thank you so much..sgt perlukan sokongan org sekeliling..thanks sudi baca & singgah :)

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI