HOME ABOUT PRODUK HARGA DAFTAR CONTACT

Resipi Apam Nasi

Resipi Apam Nasi yang lembut dan gebu. 

Dalam kesibukan harian kita semua di rumah apa kata Madam share kan resipi Apam Nasi semudah ABC ni untuk korang buat bila free nanti 🤩 Since beberapa rakan Madam di social media (FB + IG) ada bertanyakan tentang resipi Apam Nasi Gebu Ala Aulia ni, jom Madam kongsikan...
Sebelum tu, Madam gunakan sukatan cawan ya untuk lebih mudah 🤩
Bahan-bahan & cara penyediaan:

Step 1:
1 cawan nasi
3/4 cawan gula
1.5 cawan air
* blend semua bahan ni *

Step 2:
Ayak 1 cawan tepung beras + 1 cawan tepung gandum kemudian campur dengan 1 sudu kecil yis.

Step 3:
Campurkan semua bahan yang dah di blend + tepung dan yis tadi.

Step 4:
Bahagi adunan kepada beberapa bahagian mengikut warna kesukaan anda. Hijau, pink, kuning etc. Taknak campur apa-apa warna dan nak biarkan warna sedia ada pun takpe. Tiada masalah.


Step 5:
Perap selama 2 jam sehingga kembang.

Step 6:
Sebelum kukus, boleh panaskan dulu pengukus ye. Sapu minyak sedikit pada bekas/acuan untuk elak dari melekat dan masukkan adunan. Jangan masukkan adunan sehingga penuh ye, nanti kembang sangat tak cantik kejadiannya. Kukus lebih kurang 15 minit + api sederhana.

Step 7: Toppings

🥥 Sebaiknya campurkan kelapa muda dengan sedikit garam untuk rasa lemak-lemak sikit. Gaul dan kukus sekejap dalam masa 5 minit je.

Step 8:
Susun apam nasi anda comel-comel di atas pinggan dan tabur kelapa diatasnya.

Sedia untuk dihidang!





Day 9 Solid Food: Menu - Bubur Brokoli

Risaunya mama Kayla tak poo poo 3 hari lepas makan bubur carrot 🥕 Harini alhamdulillah dah poo poo lepas mama abah banyak kali urut dan buat senaman basikal hikhik...Menu untuk harini pula bubur brokoli 🥦 day 1. Harini hari ke 9 baby #AuliaMikayla experience solid food 😍 Thank you group Happy Baby Foods Malaysia banyak bagi useful tips 
Hikmahnya mama abah WFH sebulan ni boleh tengok pattern makanan Kayla secara konsisten, alhamdulillah 😘 Setakat ni, baby Kayla suka dengan bubur carrot sebab masa bagi bubur kosong + ebm menangisss..tau lah tak sedap 🤣 hahaha...Tengok macam mana untuk bubur brokoli ni pulak ya, stay tune 😀

Resipi Kek Batik Simple

Kek Batik by Madam Fara

Hari kelima MCO ada masa extra sikit berjaya buat Kek Batik kegemaran suami  Senang aje resipi Kek Batik ni korang. Kalau bahan dah tersedia ada di rumah why not korang isi masa lapang buat menu yang simple macam ni 😀 Masa yang diperlukan hanya 10 minit sahaja. As simple as ABC cewahhh! 😁

Bahan-bahan:

1 peket biskut Marie
250g mentega/butter
200g serbuk Milo
3 sudu besar serbuk Koko (jangan lupa ayak untuk elak dari berketul-ketul)
3/4 tin susu pekat (adjust ikut tahap kemanisan)

Simple kan? Selamat mencuba! 👍

#StayAtHome
#StopCovid19

Resipi Donut Gebu

DONUT GEBU ALA AULIA

Harini first time try buat homemade donut. Even nak kena prepare materials untuk next semester, Madam cari masa jugak untuk buat donut ni sebab bila lagi ada masa camni kan?? After all nak bagi suami anak-anak makan jugak, tak rugi pun 😂 Sedap tak sedap belakang cerita, inshaAllah sedap 😁
Ok, resipi donut ni simple je inspired by my bestfriend a.k.a. sifu di dapur Sabya Ismail 😘 Thanks Sabya!

🍩 1/2kg tepung gandum
🍩 1/2 paket yis
🍩 1 sudu besar ovalette (kalau takde, boleh ganti dengan lagi sebiji telur kuning)
🍩 1 biji telur kuning
🍩 1 sudu besar gula
🍩 1 sudu besar planta
🍩 Secubit garam
🍩 Secawan air suam (boleh tambah kemudian kalau doh masih keras)

🍩 Larutkan air suam, gula dan yis. Biarkan seketika. Kemudian, dalam bekas lain gaul tepung gandum, planta, garam, ovalette dan kuning telur. Lepas tu baru tuang larutan yis tadi dan uli sampai doh tak melekat ya.

🍩 Untuk outcome yang lebih gebu, biarkan lagi 30 minit then baru tekap dengan cawan (ni kes takde acuan ye 🤣) Untuk buat lubang donut kat tengah tu Madam pakai penutup botol air mineral jurss 😅
🍩 Untuk elak doh dari melekat kat pinggan tu tabur je tepung ok gais. Tips yang suami Madam selaku penguli tepung bagi tadi kalau nak lagi gebu gebas ala peha Aulia, lepas tekap tu biarkan sekejap kasi lagi kembang pastu baru goreng guna api yang kecil.
Okay, sekian saja laporan masakan untuk harini 😀

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI