HOME ABOUT PRODUK HARGA DAFTAR CONTACT

Set Menyusu Shaklee Bajet

Umum ketahui bahawa susu ibu adalah yang paling terbaik dan sebaiknya diberikan kepada anak sehingga 2 tahun. Kenapa susu ibu yang terbaik?

Kerana ia membantu bayi melawan jangkitan dan membentuk bakteria baik dalam sistem pencernaannya. Bayi boleh mendapat kesemua nutrien yang diperlukan untuk membesar dengan baik daripada susu ibu, disamping mendapat perlindungan daripada bakteria berbahaya.

Fara pernah melalui pengalaman yang kurang berjaya bersama anak pertama dulu. Tak lama dapat menysuukannya kerana kurang ilmu dan ada pelbagai masalah lain ketika itu. Emosi sangat terganggu dan akhirnya tewas. Sejak itu, Fara berazam ada rezeki anak kedua atau seterusnya, kini masih lagi menyusukan anak berumur setahun secara ekslusif. Diharap mampu untuk sampai ke 2 tahun inshAllah. Untuk maintain susu ibu ni banyak juga dugaannya especially bagi ibu-ibu bekerja kerana kami perlu membahagikan masa dengan sebaiknya supaya masa untuk pam di pejabat dapat diluangkan. Ambil lah peluang dan masa yang ada sedikit dipejabat untuk pam buat bekalan si kecil anda okay. Bayi sihat pasti ibu turut gembira juga. 

Untuk itu, selama hampir 8 tahun Fara konsisten mengamalkan beberapa suplemen wajib dari Shaklee bagi memastikan tubuh badan sihat serta bila ada rezeki untuk hamil inshaAllah badan akan sentiasa bersedia dan kuat. Alhamdulillah disahkan hamil pada Januari 2019. Terlalu happy sebab memang ada buat family planning nak jarakkan lebih dari 2 tahun. Lagi menggembirakan bila dapat tau Adam Fayyad akan dapat seorang adik girl yang namanya Aulia Mikayla. Syukur, 23 September 2020 bulan lalu, Aulia dah setahun nak masih menyusukannya lagi. Antara suplemen yang Fara amalkan untuk kekalkan susu yang konsisten dalam badan adalah Alfalfa dan ESP. Dua suplemen ni wajib untuk maintain susu dalam badan tau. So memang tak rugi sangat invest untuk dua ni. Good investment kata orang. Bukan untuk sesiapa kan, tapi untuk anak kita juga. Ni lah dua suplemen yang Fara nak share dengan korang. 

Kebaikan ESP Shaklee untuk ibu menyusu.

  •         Memberi tenaga
  •      Mengawal berat badan.
  •      Menyokong perkembangan dan pertumbuhan bayi yang pesat.
  •      Membekalkan kalori tambahan yang ibu perlukan.
  •      Mengekalkan kesihatan ibu untuk penghasilan susu ibu.
  •      Mengaktifkan sistem imun

6 kelebihan ESP Shaklee

Kebaikan Alfalfa Shaklee untuk ibu menyusu.

  •      Milk booster
  •      Memekatkan susu
  •      Menjadikan susu lebih berlemak
  •      Membantu ibu lebih lawas
  •      Membuang angin dalam badan

     Tetapi lain orang lain cara pengambilan dan keberkesanan bagi Alfalfa ni ya. Jadi seeloknya dapatkan consultation yang terbaik dari pengedar Shaklee anda yang sah ya bagi mengelakkan sebarang permasalahan di kemudian hari.

Set Menyusu Shaklee Bajet

Hubungi kami:

Page FB : Kedai Nutrisi Shah Alam
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Shah Alam
Pengeposan ke seluruh Malaysia

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI