HOME ABOUT PRODUK HARGA DAFTAR CONTACT

Perangai Buruk vs Perangai Baik

Assalamualaikum & Hi

Kalau tengok topik ni tak semua akan rasa perlu reveal perangai sendiri on public kan..Tapi, bagi Fara tak mengapa sebab kita sentiasa boleh mengingatkan diri kita supaya sentiasa improve dalam sesuatu perkara dan kawal tindakan kita sekarang dan di masa akan datang. So, ready tak nak tengok list perangai Fara yang boleh dan tak boleh dicontohi ni? Hehehe..taktau la ada yang nak baca ke tak..haha..



Perangai Buruk (mengaku siap-siap)


Perangai Baik (bukan perasan k)
Kadang-kadang bertindak mengikut emosi 

masa sambung master dulu..kerana terlewat sikit untuk ke kelas di UiTM Shah Alam, jadi moody sebab Fara ni kalau nak tau jenis suka sampai awal ke kelas & bila sampai mesti nak duduk depan..nampak macam good good sangat kan? Hehehe..hakikatnya tidak..Fara just nak disiplinkan diri and show some good examples je..sekurang-kurangnya kita boleh didik anak kita untuk berdisiplin kan?

Visionar

Fara tau apa yang Fara nak dalam hidup cuma perlu banyak usaha je sebab benda yang Fara nak bukan 1 je tapi ada beberapa untuk dicapai..bukan tamak ye tapi untuk kepuasan hidup dan dalam masa yang sama dapat capai apa yang di akhirat inshaAllah..yang ni masih dalam proses ye..umur masih 18 (hehehe..perasan) sedapkan hati umur masih muda untuk mencapai apa yang Fara inginkan..
Perfectionist kadang-kadang sampai over 

Ni selalu ada pada kebanyakkan wanita..betul tak? Hehehe..kadang tu selalu tegur husband unorganized sampai jadi tension..perlu ke sampai tension kan kalau ikutkan? Hahaha...tapi sebabkan inilah kita dijadikan suami isteri iaitu saling melengkapi..
Rajin (bukan puji diri sendiri k) 

Tapi since ada sifat perfectionist, secara tak langsung sikap rajin tu datang..rumah nak kena kemas je..barang kena ada kat tempat asal semula..order customer nak kena settle cepat je once dah bank in..Kadang-kadang tu tak suka buat kerja separuh jalan..sebab orang tua-tua cakap tak elok buat kerja separuh jalan..so,kita layankan lah sampai habis..tu yang nampak macam rajin..hakikatnya dah terbiasa dengan kata-kata orang tua..

Garang 

hehehe..kalau masa mengajar dulu..student ada yang macam tak percaya bila madam Fara cakap madam garang tau..hehe..tapi, ada je student yang akan cakap madam garang..haaa (yang ni selalunya mentee madam Fara & student yang nakal-nakal sikit akan cakap camni..hehehe) 

Kalau adik Fara, Dayah pula masa kecik-kecik selalu akan cakap Fara ni kakak yang garang..Ayu (kakak sulung) kakak yang baik. .Sebenarnya, bukanlah garang tetapi a bit firm..Fara jenis suka tegur kalau dia buat benda yang salah..kakak Fara, Ayu pula akan lebih kepada berlembut dan tak marah pun selalunya...so lain ya disitu, terpulang pada individu..sesetengah akan cakap being firm ni bagus, sesetengah akan cakap tak bagus..ikut pendapat masing-masing..

Komited 

komited ni subjektif macam Fara akan komited kalau dah deal & bekerja dalam satu kumpulan dengan kawan-kawan..Tak suka left behind..so kita actively seek for guidance and information kalau bekerja dalam group..contoh, group research dengan kawan..group buat assignment..benda ni sangat penting ye dalam hidup sebab takde orang nak hidup sorang-sorang dalam dunia ni..mesti berkomunikasi between each other..friends, family, colleagues, business partner, customers, classmates, teammates etc. Lepas ni bakal buat sambung study ke peringkat seterusnya..doakan Fara please! errrr..nervousss....haraplah komited seperti sebelum ni...
Caring (hati tisu yang sangat sensitive)

Dalam pada orang tengok kita garang sebenarnya diri ini sangatlah sensitif yang kalau tengok orang nangis kita pun turut serta menangis.. Tak elok kan, kalau orang tu cerita kisah sedih..kita pula yang terlebih sedih..Tak bagus sebab tak dapat bagi semangat kat kawan..buat bertambah sedih ada la…hahaha..
Caring (family oriented)

Kadang kalau dekat ofis buat kerja mesti teringat anak, suami & family..sampai rasa nak resign sebab terlalu family oriented.. So, inshAllah akan bakal menjadi work-at-home-mom (WAHM) next year untuk mencapai cita-cita bekerja di rumah di samping dapat fokus berada dengan anak sentiasa.. 


Sekian sahaja lah beberapa perangai yang mungkin patut Fara improve..ni sebenarnya lebih kepada sesiapa yang ingin mengenali diri Fara atau saja nak sharing tentang diri masing-masing..ada banyak lagi yang kena recall balik perangai baik & buruk ni sebab orang yang kenal kita sebanrnya boleh menilai kita dengan baik..yang ni hanya lah pandangan diri sendiri..hehe..


Jom dream big, tak perlu bayar pun..it's free! Doakan Fara capai impian Fara ya..inshaAllah..


8 Sebab Kenapa Perlu Minum Air Putih

Assalamualaikum & Hi


Hahhh! Tengok tajuk macam tak penting dan macam tak perlu ambil tahu je kan??

Ok, kita straight to the point aje ye kenapa minum air putih ni sangat penting dalam kehidupan seharian kita..


1. Menguruskan badan
Oppsss..! Untuk sesetangah orang isu ni agak sensitif tapi untuk Fara dulu memang gigih minum air putih 2 liter setiap hari. Tapi sekarang. tu bukanlah niat utama minum air putih. Ada banyak kahsiatnya yang orang ramai tak tau. Air putih ni tidak mengandungi kalori, gula & lemak..so, tak rugi pun minum & berat badan of cos dapat turun kalau tak banyak sikit pun jadi lah sebab khasiatnya tu kan. 

2. Meningkatkan kesuburan
Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa. Ok, yang ni saya refer dekat artikel sebab saya pun tak pandai sangat bahagian saintifik.

3. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien. Untuk Fara, point ni sangat tepat & berkesan sebab memang terjadi pada diri sendiri juga sebab Fara consume at least 2 liter setiap hari. Hehehe...sekarang nak usaha untuk 3 liter setiap hari..fiuhhh..percayalah ianya sangat efektif!

4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal. Haaa,selain dari consume supplement yang tepat, minum air putih juga boleh mengelakkan kanser. Sebab tu tengok chinese tak ramai yang sakit kronik kerana mereka sangat bagus dalam mendidik generasi mereka minum air putih yang banyak setiap hari. Nanti nak train Fayyad bawa botol air besar pergi school. Biarlah friend Fayyad nak ejek ke apa sekalipun. Ceh, Fayyad baru je setahun..cerita macam lah next year nak masuk school dah...hihihi..

5. Perawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut. Bukan nak bangga tapi betul minum banyak air, kulit muka Fara dengan izinNya pun kurang masalah..Alhamdulillah.. 

6. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Betul kan...kalau puasa masa berbuka cari air ke makanan dulu? Heeee...

7. Menyihatkan jantung
Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih. So, air putih ni sangatlah common untuk kebanyakkan orang. 

8. Ubat kepada penyakit strok

Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan. Setuju tak? Kalau Fara sangat setuju sebab mami Fara pernah mengalaminya suatu ketika dahulu. Selain senaman bersesuaian yang konsisten, air juga dapat membantu dalam healing proses tu, InshaAllah. 

Yang tak suka minum air putih tu cuba bayangkan setiap kali minum tu anda berasa sangat haus & bayangkan air putih ni menarik seperti gambar di atas..sure akan cakap sedapnya air putih ni...!

Kalau Fara nak psikologi diri sendiri masa minum air putih ni selalu fikir masa lapar, jangan cari makanan sebab nanti naik part lain pula, tapi cuba cari buah-buahan atau air putih sebagai ganti..
minum lebih untuk alas perut anda yang lapar tu k 
☺☺☺

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI