HOME ABOUT PRODUK HARGA DAFTAR CONTACT

Gold Coast Morib International Resort

Assalamualaikum & Hi

Anniversary kitaorang this year, my sister, Ayu decided to treat us to Gold Coast Morib 2 days 1 night dekat Banting. To those yang pernah pergi mesti akan review best kalau bawa anak-anak or kids sebab ada water theme park. Pada pendapat Ana, tu je attraction dia laut pun tak berapa cantik if you know what I mean. 

So, Fayyad was so happy but at some point dia sangat sleepy so dia buat lah muka 50 sen dia tu. Hehehe..Check in time, memang horror..tunggu selama sejam suku baru dapat bilik..beratur panjang sampai taktau nak Fayyad ke mana...Alhamdulillah dia behave sangat & tak menangis..suka agaknya tengok kids berlari-lari...Nak kata festive season pun tak juga..check-in 28 Ogos 2016 (Ahad), check-out 29 Ogos 2016 (Isnin) satu malam..

Untuk pengetahuan, ikan bakar tu makan cost sebanyak RM60 ++ untuk 3 lauk sahaja..ok lahhh..compare to makan dekat hotel yang harga lagi mahal & makan steamboat..for us, macam tak berbaloi sebab makan dengan Fayyad memang confirm takkan lama & steamboat pun mana boleh makan sekejap2 kan..so, kitaorang layan lah ikan bakar for our anniversary dinner simple & economical...hehehe..

Keesokannya time breakfast pula, dekat hotel..I have always love hotel breakfast menu due to choices yang banyak..pancakes, cereal, cute & tasty muffins etc...Tapi, experience dekat hotel ni pilihan memang ada cuma..........guest yang sangat ramai, padat, nak dapatkan seat macam tunggu nak makan boat noddle beratur dekat luar..Ni kira bad experience la dekat hotel ni...Terlalu ramai manusia yang kelaparan menunggu untuk masuk untuk daptkan makanan. Dah masuk ingat ada lah seat, tengok2 kena mencari-cari meja macam kat restoran/warung pulak..Aiyoyoyo..masa tu dah rasa bad mood dah sebab kita tau tu bukan musim cuti sekolah & merasakan tiada apa-apa tindakan yang dilakukan oleh pihak hotel ke tentang crowd yang padat ni tapi their F&B staff are very good & friendly..dapatkan Fayyad baby chair walaupun peluang tipis sebab ramai baby & kids yang guna...huhuhu..

Secara keseluruhannya, better pergi time bukan school holiday supaya:
  1. Check-in tak beratur sejam ke atas
  2. Water theme park tak terlalu padat
  3. Breakfast crowded & takde seat
Selain daripada di atas, semua termasuk bilik, jakuzi (bising sikit) tapi normal kot sebab tak pernah try mana-mana jakuzi hotel lain, servis, pantai (pasang surut sama je tak berapa cantik laut dia) ok untuk ambil udara laut je.


dah tau hint buka baju maksudnya nak mandi...tu yang happy muka dia tu..

jakuzi dulu k baru gi theme park

King Ikan Bakar Pantai Morib
Pantai Morib
40000 Banting, Selangor
Malaysia

muka tension lapar ke ngantuk anak mama ni?

ikan siakap 3 rasa

butter prawn sedap & sotong goreng tepung

3 lauk jer..makan berdua..Fayyad tak kira la kan..

view water theme park from our balcony 

depan water theme park ada laut

view belah kiri balcony kami

Fayyad baru bangun sleep..tu yang muka 50sen

Fayyad & Abahnya

macam biasa, still tak suka dengan beach sand..geli kot..

suka lettew dapat mandi pool

mama nak interframe juga

oh cepcinya anak mama.!


Sambung Study...

Assalamualaikum & Hi



Sambung Master, perlu ke tak perlu???

Mungkin ada beranggapan tak perlu untuk belajar tinggi-tinggi kerana dengan membuka perniagaan dan menjual produk boleh aje berjaya dan dapat income yang diluar jangkaan. Betul! Statement ni Ana tak pernah menafikan. Even makcik pakcik yang berniaga nasi lemak & goreng pisang lebih banyak duit dari seorang engineer, doctor, lecturer yang makan gaji. Jadi di sini, nampak seperti tak penting & tak perlu pening-pening fikir untuk sambung belajar tinggi-tinggi kan? Hehehe...Bagi Ana, lagi-lagi dah bergelar seorang ibu ni tak dinafikan pelajaran & didikan dari kecil itu sangatlah penting sebabnya melalui ilmulah anak-anak atau generasi & keturunan kita boleh menilai sesuatu itu baik atau buruk. Dari situ mereka belajar & menimba ilmu & pengalaman sendiri. Tapi perlu ke sambung sampai Master PHD, semua tu?? Hehe..Masing-masing ada pendapat masing-masing tetapi bagi Ana dunia sekarang amatlah kompetitif di mana semua orang pun bijak pandai. Kalau tengok anak-anak orang tu umur tak sampai 2 tahun dah pandai English, ABC, 123..betul tak?? Betul kan...So, kita sebagai ibubapa perlu bijak menilai perlu atau tak perlu untuk memperoleh ilmu setinggi mana kerana seperti yang kita tahu ilmu itu takkan pernah habis. Takde manusia yang sempurna yang dah cover semua ilmu di dunia ni.

Jadi, kesimpulannya selagi ada kekuatan, kemampuan dan semangat belajar yang tinggi sambung lah pelajaran setinggi mungkin kerana kita taktau mungkin kita dapat menyumbang kepada negara, masyarakat dan even family kita sendiri. Kita juga mesti nak tunjukkan contoh yang terbaik bagi anak-anak supaya mereka melakaukan perkara yang sama atau yang lebih baik untuk kehidupan mereka di masa akan datang. Jadi, galakkan generasi muda untuk sentiasa belajar tak kira dalam apa jua bidang sekalipun. Dan setelah mencapai semua tu, janganlah sombong & merasakan diri sendiri yang bagus & pandai. Tolonglah huumble & mempunyai rasa ingin membantu orang lain agar kita dapat membina masyarakat yang positif & suka menimba ilmu.

InsyaAllah akan Ana ceritakan serba sedikit my journey masa dapatkan Master & perjalanan menyambung ke peringkat PHD yang akan datang ni..doakan Ana ye..huhuhu..Gambar di bawah sekadar mengambil semangat ye..hihihi..

#prayforana


Pengalaman pertama minum ESP Shaklee

Assalamualaikum & Hi

Mungkin dah ramai orang telah membuat entry tentang keberkesanan ESP Shaklee ni kerana telah merasakan kesan yang efektif hasil daripada konsisten mengamalkannya. Untuk pengetahuan, Shaklee merupakan brand supplement pertama yang Ana berminat untuk cuba dan ESP  merupakan produk Shaklee yang pertama Ana ambil. Mesti semua akan cakap..ye la, Ana kan distributor, mestilah nak promote….oh salah tu..Ana amalkan ESP dalam tempoh yang agak lama juga baru mempunyai hasrat untuk sign up jadi distributor kerana percaya ESP ni boleh bantu improve dalaman Ana. So, dalam entry ni Ana nak share lah benda baik dengan masyarakat supaya kita sama-sama boleh consume dan merasakan sendiri hebatnya kesan ESP ni tau..hehe..

Firstly, reason Ana cari supplement di pasaran masa mula-mula dulu sebab merasakan yang kulit Ana ni kering, kusam dan tak bermaya macam pucat gitu..Ana tak mengamalkan apa-apa skincare sebab takut & trauma! Trauma???! Kenapa trauma??? Sebabnya, masa form 3 dulu pernahlah mencuba satu produk skincare yang popular dekat pasaran..masa tu kawan pakai skincare itu ini, kita pun sibuk nak try..Nak tau apa jadi?? Keluar & wujudlah jerawat yang tidak diundang ni..Yang paling best all out 3 jerawat sekaligus..malu yang amat sangat sebab jerawat tu muncul dengan sangat ketara dikedua belah pipi dan satu lagi di atas dahi…masa tu macam, thanksss skincare XXX..Kawan-kawan senyum gelak-gelak tengok muka Ana time tu..So, itulah cerita trauma Ana & sampai ke sudah takut consume apa-apa skincare termasuklah supplement risau ada side effect & kulit tak serasi dengan mana-mana produk.

Nak dijadikan cerita, tahun 2012 terbuka lah hati untuk survey produk yang bagus untuk consume kononnya berangan nanti kawin nak lah kulit yang fair, smooth & moist untuk bakal husband tengok & belai..ok, gatal sikit…hahaha..Survey punya survey nampak banyak testimonial pengguna tentang ESP Shaklee & time terbuka hati untuk cuba & dapatkan produk tu dari seorang kakak distributor yang baik ni..

Sepanjang mengamalkan produk ni selama lebih kurang 2 tahun lebih..apa yang Ana dapat kongsikan muka rasa makin cerah dan lembut..eceyyh! Puji diri sendiri..haha..taklah..ini reality..kulit rasa macam lagi fresh berbanding dulu kusam..Dulu juga ada sedikit pri kecil yang mana lepas amalkan ESP makin lama makin kurang & menghilang sudah! Hehehe..rasa happy & confident bila buat presentation depan student or attend meeting. Pengalaman masa mengandungkan Fayyad juga Ana turut amalkan ESP, kononnya kata orang nak anak cerah & gebu..Ana pun amalkan lah kerana ESP ni mengandungi nutrisi & khasiat yang sangat sesuai untuk ibu-ibu mengandung..Tapi, semua ni ketentuan oleh Allah..kita hanya berusaha untuk improve apa yang patut & Alhamdulillah Fayyad pun nampak sihat & juga seperti yang digambarkan semasa consume ESP masa awal pregnancy..Syukur Alhamdulillah.. 

Me & my precious son. Nama lain untukku adalah Mama Fayyad :)

Tips nak sambung Master

Assalamualaikum & Hi

Pada adik-adik atau yang lebih senior yang dah membuat keputusan nak sambung study tu alhamdulillah. You should be proud of yourself as you are going to face a new challenge that will make you stronger, mature and most importantly, confident!

Ada beberapa tips yang boleh Ana kongsikan disini yang basically perlu korang semua tau k..

1.  Bersedia dalam diri yang buat Master ni tak sama macam buat Degree dulu. Kenapa?     Kerana Master ni ada 3 jenis mode yang berbeza. Untuk yang nak tau:
  • Mode 1: Fully research ( mengambil masa selama 2 tahun atau lebih untuk complete depend on progress thesis kita)
  • Mode 2: Coursework (Perlu ambil semua subjek yang diwajibkan)
  • Mode 3: Mix Mode = Research + Coursework (Perlu ambil subjek wajib dan elektif mengikut pilihan specialization kita contoh: Marketing, Corporate Administration, Finance, Entrepreneurship, Finance etc) Ni antara yang Ana tau sebab dulu masa dekat UiTM, ni pilihan elektif yang ditawarkan pada masa tu.
2.   Once masuk class, tolonglah cari kawan yang boleh teamwork dan kalau boleh takde isu
sebab pernah experience juga groupmate buat assignment..Tak bagi respon dan feedback seperti yang group kehendaki. Senang cerita tak bekerjasama siap ikut kepala dia ada la just because dia lebih tua, pernah bekerja dan ada experience. Jangan terpedaya ye, yang ada experience bagus boleh guide cuma jangan jadi mangsa buli mereka ya sebab time ti Ana fresh grad. Still a baby in the postgraduate world ni. 

3.  Kalau yang ambil full-time master please jangan rasa heaven sebab sebenarnya sangatlah sibuk setiap hari dapat assignment, presentation & kuiz. Nak lagi best, bila dengar submission date tu..! Wow sangat..siapa yang tak pernah menangis dulu I salute lah because you are so much stronger than me..hehehehe..

4.  Siap sedia mental dan fizikal di mana dalam kelas Master ni lah yang akan jumpa student yang pandai, student yang taktau tapi buat-buat tau & bajet2 pandai gitu lahhh.. So, silalah jadi diri anda sendiri, kalau tau dan perlu disuarakan..silakan..kalau taktau faham-fahamlah buat lah cara taktau ye..bukan apa,kalau salah kan segan nanti orang cop kita bodoh sombong pula...Towards my experience memamng akan jumpa orang begini..so,hadap & bersabar je laaa...Kalau dah banyak sangat due date dekat-dekat janganlah procrastinate assignment ye..hehemesti ada yang suka buat time study dulu..Kalau dah terlalu banyak kerja tu, terkorbanlah waktu tidur masing-masing..Ok what, bukan selalu kan..tudur 4- pagi tu normal la…ada kawan yang tak tidur k..so, layankan je laa…

5. Cari lah tajuk kajian siap-siap..jangan tunggu last minit atau ikut kawan untuk membuatkan kita start research. Sebab kita akan kena study sendiri & tak boleh harapkan kawan, lecturer atau orang lain untuk tolong kita fahamkan atau buat sesuatu. Dan dah dapat tajuk, survey lah supervisor at least 2 lecturer yang betul-betul dalam bidang yang dikaji dan kalau boleh berkenalanlah dengan mereka kerana kita akan berjumpa dengan mereka dengan kerap ye...takde istilah takut dah nk jumpa lecturer lepas ni k.....

        
Nampak tak muka kenkonon candid tu..happy lettew!


Typical pose yang semua orang buat time convo..haha..


Doakan Ana diberi kekiutan untuk further study k..fiuhhh...!



KL Bird Park best!

Assalamualaikum & Hi

Entry harini nak cerita tentang trip Ana & family ke KL Bird Park pada 3 Oktober (Isnin). Masa ni cuti Awal Muharam...So, kita ambil peluang meluangkan masa dengan family..spend some quality time dengan my cheeky 11 months old son, Fayyad. So far, hasil berjalan seluruh park memang best, penat sebab panas terik time tengah hari tetapi sangat menarik. Fayyad memang suka sangat birds selain cats. So memang berbaloi bawak budak-budak yang gemarkan birds. So bawah ni adalah admission price untuk enter KL Bird Park. Kalau ada yang rasa pricey sikit tu boleh la terjah MATTA FAIR untuk dapatkan harga yang sangat berbaloi iaitu hanya RM15 untuk adult..amacam?? Murah kan, dapat jimat RM12, bukan sikit tu..hehehe..Kalau pergi satu bas lagi berbaloi..mana yang bawak family dari kampung ke kan.. 

Normal rate untuk adult & child

Map ke KL Bird Park pada yang taktau

Park map untuk reference masa bersiar-siar

Secara keseluruhannya, semua jenis burung yang kita pernah dan tak pernah lihat ada dalam park ni. Yang paling best, kebanyakkan birds memang dilepaskan di dalam park ni supaya visitor boleh mendekati mereka. Ada yang friendly & ada yang garang sikit, ada juga yang poo-poo merata..hehe..so,beware of your footsteps aja lah..
                                
9.30 am - 5.30 pm
Photography with Birds
Zone 4 - Feathered Friends Photo Booth
10.00 am - 5.00 pm
Lory Feeding
Zone 4 - World Of Parrots
10.00 am - 5.00 pm
Ostrich Feeding
Zone 4 - Flightless Birds
10.30 am
Free Flying Birds Feeding
Zone 1 - Next to Brahminy Land
11.30 am
Hornbill Feeding
Zone 3 - Hornbill Park
12.30 pm & 3.30 pm
Bird Show
Zone 4 - Amphitheatre
2.30 pm
Eagle Feeding
Zone 1 - Brahminy Land
4.00 pm
Milky Stork Feeding
Zone 4 - Waterfall Aviary

Basically, ni daily activities dalam park bagi memudahkan visitor datang ke zone sekian untuk enjoy feeding or photograph session dengan birds. Parrots dia memang semua clever..Sebabnya, masa lalu sebelah tu terdengar suara merdu kata Hello..hello..ingatkan siapa rupanya parrot yang dekat dalam photograph area tu tengah bercakap. So, apa lagi..Ana pun hello lah banyak kali..hahahaha..nak dengar suara dia..Merak pula memang berada di merata-rata tempat..cantik sangat colors of their feathers tu..Ostrich pun ada juga..Sawi disediakan secara percuma, so kitaorang dengan excitednya feed la diorang tu...tengok gaya memang kelaparan sbb my sister, Dayah kena gigit dengan ostrich tu time diorang berebutkan sawi yang my sis feed kan tu..teringat Chickaboo road running atas Federal Highway..huhu..sian dia..Flamingo, swan, lory birds even chicken pun ada..mesti ada yang cakap ayam selalu tengok, boringlah..pfttt..haha..

For your information, ada cafe yang menjual air,food & ice cream bagi yang penat ingin berehat. So, jangan risau kalau terlalu panas & penat. Warga emas boleh berehat ditempat yang disediakan. Nak bagi tau sikit, pekerja di dalam KL Bird Park ni quite strict sikit..kenapa?? Pernah nampak foreigner jatuhkan air tin secara tak sengaja..Nak tau apa pekerja mereka jawab?? Sir, please pick it up and pay for it...errrrr...terkejut juga sampai begitu sekali strictnya...tu mungkin arahan yang diterima & polisi yang visitor perlu ketahui...So, careful time nak beli drinks or foods ok..hehehehe...

Enjoy ye gambar-gambar masa kami di KL Bird Park  pada 3 Oktober 2016:

















Itu saja, for more info, boleh visit official website KL Bird Park for further details.

http://www.klbirdpark.com/index.cfm

Make-up? Skin care? Supplemen?

Assalamualaikum & Hi

Entry kali ni nak cerita sikit pasal topik yang paling digemari wanita..maybe bukan semua tetapi kebanyakkannya akan pasti suka...Di antara make-up, skin care & supplemen semua ni memainkan peranan yang penting dalam kehidupan wanita. Kerana apa? Kerana semua kategori ini dapat memastikan kesihatan & kecantikkan wajah seseorang wanita itu kelihatan berseri dan bertenaga sepanjang hari. Dalam hal ini, Ana sudah semestinya mengamalkan ketiga-tiga di atas kerana kombinasi ketiga-tiga ini akan menyempurnakan aspek dalaman & luaran Ana. 

Ada yang akan kata, tak perlu lah ambil segala macam supplement yang ada dekat pasaran tuu...bukannya bagus dan menjamin kesihatan yang baik...No!no!no! Typical perception macam ni la yang kita selalu dengar orang cakap kan..Which yang sebenarnya Ana rasa is totally salah...Kenapa?? Kerana sejauh mana yang tau kita menjalani gaya hidup yang sihat setiap hari?

1. Ada amalkan 3-4 kali senaman setiap minggu? Jogging, Zumba, Yoga, Pilates etc.

2. Ada mengambil sayur-sayuran, buah-buahan, protein etc dengan kadar yang mencukupi? 

3. Ada minum air mineral dengan kuantiti yang cukup mengikut keperluan badan setiap hari? 


Ni lah antara soalan yang kita perlu tanya diri sendiri dahulu sebelum menilai sesuatu perkara terutamanya yang melibatkan kesihatan dalaman diri kita. Kalau tanya Ana, Ana sendiri akan kata tak pernah lengkap diamalkan kesemuanya diatas kerana kekangan yang tertentu iaitu dari segi masa. Balik kerja akan penat dan tak sempat berzumba, jadi weekend je la waktu yang sesuai untuk buat semua tu...So..ianya amat penting untuk kita muhasabah diri dan recall balik apa sebenarnya keperluan badan kita supaya kekal sihat dan bertenaga sentiasa kerana ianya akan memberi kesan kepada keyakinan kita sepanjang hari. Contoh supplemen yang Ana sendiri amalkan akan Ana share di entry akan datang. 

                             Image result for kenapa supplement penting

Dr Norman, seorang pengamal perubatan sendiri dah membuat kajian & mengesahkan yang di zaman moden ini tidak cukup untuk kita mengekalkan kesihatan yang baik dengan mengambil makanan seimbang & berkhasiat sahaja. Melalui kajian saintifik, dengan mengamalkan supplemen, kita dapat memperoleh kesihatan yang lebih baik & mencegah penyakit-penyakit kronik. Seperti yang kita sedia maklum zaman sekarang ni orang selalu berkata banyak penyakit, kuman, virus yang kita tidak nampak dengan mata kasar. Memang sangat tepat kerana Ana sendiri & keluarga pernah mengalaminya Jadi, janganlah biarkan sakit baru nak mencari jalan penyelesaiannya. 


Tips untuk kekal yakin menjalani interview!

Ada ke yang tak nervous bila berada dalam situasi di atas ni?? hehe

Assalamualikum & Hi

Sebelum nak start cerita sebenarnya sebelum ni memang dah ada blog, tapi dah delete due to ada azam baru kali ni..hehe..So, entri kali ni nak cerita sikit tips atau nasihat yang boleh di ambil kira untuk menjalani sesi interview. Sebelum ni Ana dah pernah undergo pelbagai jenis interview dari interview untuk sambung belajar sampailah ke interview untuk dapatkan kerja..Interview kerja tu pula daripada level assistant, management trainee,executive,cikgu hinggalah ke pensyarah. Kerja pula apply dalam pelbagai background industri. Ada dalam industri pharmaceutical, IT, automotive, insurans, bank, education dan lain-lain. Nak kata banyak sangat pengalaman tu takde la tapi boleh la share skit-sikit dengan adik-adik yang baru atau sedang mencari pekerjaan. 

Mungkin sekarang ada yang masih confuse, nak sambung belajar ke nak kerja makan gaji ke nak buat bisnes sendiri ke atau nak buat bisnes dengan hanya perlu duduk dirumah?? Haaa..Yang last sekali ni impian dan cita-citaku hehe..InshaAllah, I believe I can do it! 

Ok, ada beberapa tips untuk pastikan kita kekal yakin dalam menjalani sesi interview:

Kenalpasti apply untuk jawatan apa dan di dalam industri apa sekalipun

Bagi Ana, sangat penting lah untuk kita tau apa jenis jawatan yang kita apply dan di dalam bidang apa sekalipun. Contohnya, apply bagi jawatan Human Resource Executive, beria study pasal job scope seorang HR exec tapi soalan yang ditanya oleh interviewer berbentuk begini...
         
" How you yourself can contribute as a HR personnel in the Manufacturing industry in Malaysia?

"How would you attract those high performing accountants to join our organisation?"

What are the most suitable method to search for the best candidate particularly engineers in building the Project A that I have explained just now?

Soalan macam ni lah yang selalunya akan ditanya lebih lagi berkaitan dengan jawatan yang kita mohon tu. Please! study lebih sikit pasal jawatan yang kita minta tu k..jangan malas..sebabnya, peluang kita akan jadi tipis kalau kita telah memberi sedikit bad impression kepada mereka. Mereka juga akan impressive kalau kita boleh menerangkan latar belakang syarikat dan servis/ produk syarikat tersebut. Ini kerana mereka akan rasa yang kita ada effort dan betul-betul inginkan jawatan ni. 

Penampilan

Ni salah satu point penting yang selalu kita dengar betapa pentingnya penampilan dalam menjalani sesi interview. Pakaian formal is always the best choice in whatever post you are applying for,remember!

Jangan pula kata,alaaaa..saya apply untuk jawatan graphic designer, kenalah artistic,funky,trendy & hipsturrr...oh nooooo, tidak sama sekali k! For girls, boleh mengenakan pakaian formal kemeja serta seluar slack jika environemnt korporat. Ana biasa mengenakannya sekali dengan blazer menampakkan kekemasan. Ada juga yang memilih baju kurung sebagai pakaian formal untuk interview. Bagi Ana, kita kenalah tengok environment serta serba sedikit latar belakang syarikat yang kita bakal pergi tu. Ana pernah menghadiri interview mengenakan baju kurung kerana culture mereka disana islamik dan mereka prefer candidate berpakaian sopan. For guys pula, kemeja dan seluar slack hitam adalah yang terbaik menampakkan kekemasan. Tapi jangan pula semua kemas, tiba-tiba tengok bawah...pakai kasut sukan pulak..adoiii..hahahaha..

Usaha, doa & tawakal!

Ini ditujukan kepada mereka yang telah berusaha bagi mendapatkan tempat didalam mana-mana sesi interview ya. Ingat ya, dapat peluang untuk interview tu juga merupakan satu rezeki Allah dimana kalau kita gagal, kita masih boleh mencuba kerana kita sudah ada pengalaman yang lepas. Jangan lupa berdoa agar sentiasa dirahmati serta dimurahkan rezeki kerana niat mencari pekerjaan hanya ada satu iaitu kerana Allah :)  

Ada banyak lagi nak cerita sebenarnya..sebab interview ni macam-macam jenis..ada yang one to one, group interviews, phone interviews dan banyak lagi..Ana pernah experience semua ni dan ianya amatlah mencabar tapi akan dikongsikan pengalaman tu dan tips untuk kekal yakin & motivated sepanjang mendapatkan pekerjaan..nanti kita continue k!




Kl-Busan-Jeju-Seoul-KL


Assalamualaikum & Hi

Overall trip ini memakan masa selama 10 hari...Yes,10 hari dimana Ana kena apply leave selama seminggu dengan memberi alasan bercuti ke luar negara. Company yang Ana kerja sekarang memang apa-apa hal kena bagi sebab untuk bercuti even appointment dentist, balik kampung, ke klinik etc. 




KL-Busan 

Busan-Jeju Island 
Jeju Island-Seoul 
Seoul-KL


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI