Sambung Master, perlu ke tak perlu???
Mungkin ada beranggapan tak perlu untuk belajar tinggi-tinggi kerana dengan membuka perniagaan dan menjual produk boleh aje berjaya dan dapat income yang diluar jangkaan. Betul! Statement ni Ana tak pernah menafikan. Even makcik pakcik yang berniaga nasi lemak & goreng pisang lebih banyak duit dari seorang engineer, doctor, lecturer yang makan gaji. Jadi di sini, nampak seperti tak penting & tak perlu pening-pening fikir untuk sambung belajar tinggi-tinggi kan? Hehehe...Bagi Ana, lagi-lagi dah bergelar seorang ibu ni tak dinafikan pelajaran & didikan dari kecil itu sangatlah penting sebabnya melalui ilmulah anak-anak atau generasi & keturunan kita boleh menilai sesuatu itu baik atau buruk. Dari situ mereka belajar & menimba ilmu & pengalaman sendiri. Tapi perlu ke sambung sampai Master PHD, semua tu?? Hehe..Masing-masing ada pendapat masing-masing tetapi bagi Ana dunia sekarang amatlah kompetitif di mana semua orang pun bijak pandai. Kalau tengok anak-anak orang tu umur tak sampai 2 tahun dah pandai English, ABC, 123..betul tak?? Betul kan...So, kita sebagai ibubapa perlu bijak menilai perlu atau tak perlu untuk memperoleh ilmu setinggi mana kerana seperti yang kita tahu ilmu itu takkan pernah habis. Takde manusia yang sempurna yang dah cover semua ilmu di dunia ni.
Jadi, kesimpulannya selagi ada kekuatan, kemampuan dan semangat belajar yang tinggi sambung lah pelajaran setinggi mungkin kerana kita taktau mungkin kita dapat menyumbang kepada negara, masyarakat dan even family kita sendiri. Kita juga mesti nak tunjukkan contoh yang terbaik bagi anak-anak supaya mereka melakaukan perkara yang sama atau yang lebih baik untuk kehidupan mereka di masa akan datang. Jadi, galakkan generasi muda untuk sentiasa belajar tak kira dalam apa jua bidang sekalipun. Dan setelah mencapai semua tu, janganlah sombong & merasakan diri sendiri yang bagus & pandai. Tolonglah huumble & mempunyai rasa ingin membantu orang lain agar kita dapat membina masyarakat yang positif & suka menimba ilmu.
InsyaAllah akan Ana ceritakan serba sedikit my journey masa dapatkan Master & perjalanan menyambung ke peringkat PHD yang akan datang ni..doakan Ana ye..huhuhu..Gambar di bawah sekadar mengambil semangat ye..hihihi..
#prayforana
setuju, ilmu tu penting dlm hidup. btw, salam perkenalan...semoga dipermudahkan utk phd :)
ReplyDeleteTerima kasih sis..salam perkenalan juga..inshaAllah,sama-sama kita berdoa :)
Delete