Assalamualikum
& Hi
Sebelum nak
start cerita sebenarnya sebelum ni memang dah ada blog, tapi dah delete due to
ada azam baru kali ni..hehe..So, entri kali ni nak cerita sikit tips atau
nasihat yang boleh di ambil kira untuk menjalani sesi interview. Sebelum ni Ana
dah pernah undergo pelbagai jenis interview dari interview untuk sambung
belajar sampailah ke interview untuk dapatkan kerja..Interview kerja tu pula
daripada level assistant, management trainee,executive,cikgu hinggalah ke
pensyarah. Kerja pula apply dalam pelbagai background industri. Ada dalam
industri pharmaceutical, IT, automotive, insurans, bank, education dan
lain-lain. Nak kata banyak sangat pengalaman tu takde la tapi boleh la share
skit-sikit dengan adik-adik yang baru atau sedang mencari pekerjaan.
Mungkin
sekarang ada yang masih confuse, nak sambung belajar ke nak kerja makan gaji ke
nak buat bisnes sendiri ke atau nak buat bisnes dengan hanya perlu duduk
dirumah?? Haaa..Yang last sekali ni impian dan cita-citaku hehe..InshaAllah, I
believe I can do it!
Ok, ada
beberapa tips untuk pastikan kita kekal yakin dalam menjalani sesi interview:
Kenalpasti
apply untuk jawatan apa dan di dalam industri apa sekalipun
Bagi Ana,
sangat penting lah untuk kita tau apa jenis jawatan yang kita apply dan di
dalam bidang apa sekalipun. Contohnya, apply bagi jawatan Human Resource
Executive, beria study pasal job scope seorang HR exec tapi soalan yang ditanya
oleh interviewer berbentuk begini...
" How
you yourself can contribute as a HR personnel in the Manufacturing industry in
Malaysia?
"How
would you attract those high performing accountants to join our organisation?"
What are the
most suitable method to search for the best candidate particularly engineers in
building the Project A that I have explained just now?
Soalan macam
ni lah yang selalunya akan ditanya lebih lagi berkaitan dengan jawatan yang
kita mohon tu. Please! study lebih sikit pasal jawatan yang kita minta tu
k..jangan malas..sebabnya, peluang kita akan jadi tipis kalau kita telah
memberi sedikit bad impression kepada mereka. Mereka juga akan impressive kalau
kita boleh menerangkan latar belakang syarikat dan servis/ produk syarikat
tersebut. Ini kerana mereka akan rasa yang kita ada effort dan betul-betul
inginkan jawatan ni.
Penampilan
Ni salah
satu point penting yang selalu kita dengar betapa pentingnya penampilan dalam
menjalani sesi interview. Pakaian formal is always the best choice in whatever
post you are applying for,remember!
Jangan pula
kata,alaaaa..saya apply untuk jawatan graphic designer, kenalah
artistic,funky,trendy & hipsturrr...oh nooooo, tidak sama sekali k! For
girls, boleh mengenakan pakaian formal kemeja serta seluar slack jika
environemnt korporat. Ana biasa mengenakannya sekali dengan blazer menampakkan
kekemasan. Ada juga yang memilih baju kurung sebagai pakaian formal untuk
interview. Bagi Ana, kita kenalah tengok environment serta serba sedikit latar
belakang syarikat yang kita bakal pergi tu. Ana pernah menghadiri interview
mengenakan baju kurung kerana culture mereka disana islamik dan mereka prefer
candidate berpakaian sopan. For guys pula, kemeja dan seluar slack hitam adalah
yang terbaik menampakkan kekemasan. Tapi jangan pula semua kemas, tiba-tiba
tengok bawah...pakai kasut sukan pulak..adoiii..hahahaha..
Usaha, doa
& tawakal!
Ini
ditujukan kepada mereka yang telah berusaha bagi mendapatkan tempat didalam
mana-mana sesi interview ya. Ingat ya, dapat peluang untuk interview tu juga
merupakan satu rezeki Allah dimana kalau kita gagal, kita masih boleh mencuba
kerana kita sudah ada pengalaman yang lepas. Jangan lupa berdoa agar sentiasa
dirahmati serta dimurahkan rezeki kerana niat mencari pekerjaan hanya ada satu
iaitu kerana Allah :)
Ada banyak
lagi nak cerita sebenarnya..sebab interview ni macam-macam jenis..ada yang one
to one, group interviews, phone interviews dan banyak lagi..Ana pernah
experience semua ni dan ianya amatlah mencabar tapi akan dikongsikan pengalaman
tu dan tips untuk kekal yakin & motivated sepanjang mendapatkan
pekerjaan..nanti kita continue k!
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen anda :)