Assalamualaikum & Hi
Entry kali ni nak cerita sikit pasal topik yang paling digemari wanita..maybe
bukan semua tetapi kebanyakkannya akan pasti suka...Di antara make-up, skin
care & supplemen semua ni memainkan peranan yang penting dalam kehidupan
wanita. Kerana apa? Kerana semua kategori ini dapat memastikan kesihatan &
kecantikkan wajah seseorang wanita itu kelihatan berseri dan bertenaga
sepanjang hari. Dalam hal ini, Ana sudah semestinya mengamalkan ketiga-tiga di
atas kerana kombinasi ketiga-tiga ini akan menyempurnakan aspek dalaman &
luaran Ana.
Ada yang akan kata, tak
perlu lah ambil segala macam supplement yang ada dekat pasaran tuu...bukannya
bagus dan menjamin kesihatan yang baik...No!no!no! Typical perception macam ni
la yang kita selalu dengar orang cakap kan..Which yang sebenarnya Ana rasa is
totally salah...Kenapa?? Kerana sejauh mana yang tau kita menjalani gaya hidup
yang sihat setiap hari?
1. Ada
amalkan 3-4 kali senaman setiap minggu? Jogging, Zumba, Yoga, Pilates etc.
2. Ada
mengambil sayur-sayuran, buah-buahan, protein etc dengan kadar yang
mencukupi?
3. Ada
minum air mineral dengan kuantiti yang cukup mengikut keperluan badan
setiap hari?
Ni lah
antara soalan yang kita perlu tanya diri sendiri dahulu sebelum menilai sesuatu
perkara terutamanya yang melibatkan kesihatan dalaman diri kita. Kalau tanya
Ana, Ana sendiri akan kata tak pernah lengkap diamalkan kesemuanya diatas
kerana kekangan yang tertentu iaitu dari segi masa. Balik kerja akan penat dan
tak sempat berzumba, jadi weekend je la waktu yang sesuai untuk buat semua
tu...So..ianya amat penting untuk kita muhasabah diri dan recall balik apa
sebenarnya keperluan badan kita supaya kekal sihat dan bertenaga sentiasa
kerana ianya akan memberi kesan kepada keyakinan kita sepanjang hari. Contoh
supplemen yang Ana sendiri amalkan akan Ana share di entry akan datang.

Dr Norman, seorang pengamal perubatan
sendiri dah membuat kajian & mengesahkan yang di zaman moden ini tidak
cukup untuk kita mengekalkan kesihatan yang baik dengan mengambil makanan
seimbang & berkhasiat sahaja. Melalui kajian saintifik, dengan mengamalkan
supplemen, kita dapat memperoleh kesihatan yang lebih baik & mencegah
penyakit-penyakit kronik. Seperti yang kita sedia maklum zaman sekarang ni
orang selalu berkata banyak penyakit, kuman, virus yang kita tidak nampak
dengan mata kasar. Memang sangat tepat kerana Ana sendiri & keluarga pernah
mengalaminya Jadi, janganlah biarkan sakit baru nak mencari jalan
penyelesaiannya.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen anda :)